Monday, 13 January 2014

Nombor-nombor yang terdapat dalam sistem pernomboran kita terdiri daripada angka-angka atau digit:
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9
Setiap nombor di atas mempunyai satu, dua, tiga atau lebih digit.

Contoh 1
Nombor-nombor satu digit : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Nombor-nombor dua digit  : 10, 11, 12, 13, 14 ... hingga 99
Nombor-nombor tiga digit  : 101, 102, 103, 104, ... hingga 999

Contoh 2
Nombor 4 376 mempunyai 4 digit.
Nombor 50 980 mempunyai 5 digit.

Membaca Nombor Satu Digit

0 = sifar

1 = satu
2 = dua
3 = tiga
4 = empat
5 = lima
6 = enam
7 = tujuh
8 = lapan
9 = sembilan

Membaca Nombor Dua Digit
10 = sepuluh
11 = sebelas
12 = dua belas
13 = tiga belas
14 = empat belas
15 = lima belas
16 = enam belas
17 = tujuh belas
18 = lapan belas
19 = sembilan belas
20 = dua puluh
21 = dua puluh satu

Membaca Nombor Tiga Digit
100 = satu ratus
201 = dua ratus satu
341 = tiga ratus empat puluh satu

Membaca Nombor Empat Digit
1000 = satu ribu
1002 = satu ribu dua
2031 = dua ribu tiga puluh satu
3256 = tiga ribu dua ratus lima puluh enam

Membaca Nombor Lima Digit
10 000 = sepuluh ribu
10 003 = sepuluh ribu tiga
10 015 = sepuluh ribu lima belas
10 235 = sepuluh ribu dua ratus tiga puluh lima
15 235 = lima belas ribu dua ratus tiga puluh lima

Membaca Nombor Enam Digit
100 000 = satu ratus ribu
100 002 = satu ratus ribu dua
300 025 = tiga ratus ribu dua puluh lima
300 325 = tiga ratus ribu tiga ratus dua puluh lima
403 456 = empat ratus tiga ribu empat ratus lima puluh enam
413 456 = empat ratus tiga belas ribu empat ratus lima puluh enam

Membaca Nombor Tujuh Digit
1 000 000 = satu juta
1 000 004 = satu juta empat
1 000 014 = satu juta empat belas
1 000 214 = satu juta dua ratus empat belas
2 005 214 = dua juta lima ribu dua ratus empat belas
2 035 214 = dua juta tiga puluh lima ribu dua ratus empat belas
2 635 214 = dua juta enam ratus tiga puluh lima ribu dua ratus empat belas

2 comments: