Sunday 23 October 2011

Apa itu perimeter?

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan) [1]. Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang – ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan.

Perimeter boleh diaplikasikan dalam banyak bidang, contohnya untuk mengira panjang pagar yang diperlukan untuk mengelilingi laman atau taman. Perimeter untuk satu roda (lilitannya) adalah bersamaan seberapa jauh ia membuat satu pusingan lengkap. Jadi, jumlah panjang tali untuk sesebuah gelendong (digunakan untuk mata kail, sauh kapal) adalah sangat berkait rapat dengan perimeter gelendong itu sendiri.

1 comment:

  1. bagus....sangat bermanfaat...terima kasih kerana share....moga Allah merahmati hidup puan...aamiin.

    ReplyDelete