Monday, 22 June 2015

Masa Itu Emas

Hari ini adalah hari bersejarah bagi saya. Apa yang bersejarah itu?
Tanggal 22 Jun adalah tarikh lahir saya.

Bagaimana kita ingin membaca kalendar?
Dalam Kalendar mesti ada tajuk yang menyatakan bulan dan tahun. Mari kita lihat kalendar di bawah. 
Bulan bagi kalendar ini adalah 'June' dalam bahasa Inggeris dan dalam Bahasa Melayu adalah Jun bagi tahun 2015.

Di sebelah kiri adalah hari iaitu dibaca dari atas. 
Sun - Ahad
Mon - Isnin
Tue - Selasa
Wed - Rabu
Thu - Khamis
Fri - Jumaat
Sat - Sabtu

Bagaimana kita ingin tahu tarikh dan hari yang betul? Cuba lihat tarikh 22 Jun di atas dan pandang pula hari yang sebaris dengan tarikh itu. Ini bermakna 22 Jun adalah hari Isnin.

Sebagai contoh yang lain, 10 Jun adalah hari apa?
Jawapannya, kita pandang hari yang sebaris dengan 10 Jun iaitu hari Rabu.

Baiklah, setakat ini sahaja untuk hari ini.. Selamat berlajar...

Uji Minda dengan Operasi mudah.

Hari ini, saya ingin menguji anak murid semua setelah lama kita berlajar.

Cari jumlah.
1) 42 380 + 5000 =

2) 5 291 + 12 405 =

3) 28 364 + 1 826 + 18 457 =

4) 14 936 + 8751 + 692 =

5) 6 785 + 62 946 + 26 375 =

Tolakkan.

1) 43 625 – 500 =

2) 19 000 – 211 =

3) 82 728 – 34 920 =

4) 93 768 – 1200 – 1000 =

5) 47 883 – 21 636 – 18 182 =

Cuba darab.

1) 1 807 x 3 =

2) 1 782 x 9 =

3) 123 x 34 =

4) 268 x 42 =

5) 1995 x 28 =

6) 149 x 100 =

7) 880 x 100 =

Setelah selesai, bahagikan nombor di bawah pula.

1) 3148 ÷ 4 =

2) 9828 ÷ 9 =

3) 62 434 ÷ 4 =

4) 3948 ÷ 12 =

5) 42 688 ÷  22 =

6) 94 554 ÷ 17 =

7) 52 330 ÷ 1000 =

Selamat mencuba.....

Monday, 13 January 2014

Nombor-nombor yang terdapat dalam sistem pernomboran kita terdiri daripada angka-angka atau digit:
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9
Setiap nombor di atas mempunyai satu, dua, tiga atau lebih digit.

Contoh 1
Nombor-nombor satu digit : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Nombor-nombor dua digit  : 10, 11, 12, 13, 14 ... hingga 99
Nombor-nombor tiga digit  : 101, 102, 103, 104, ... hingga 999

Contoh 2
Nombor 4 376 mempunyai 4 digit.
Nombor 50 980 mempunyai 5 digit.

Membaca Nombor Satu Digit

0 = sifar

1 = satu
2 = dua
3 = tiga
4 = empat
5 = lima
6 = enam
7 = tujuh
8 = lapan
9 = sembilan

Membaca Nombor Dua Digit
10 = sepuluh
11 = sebelas
12 = dua belas
13 = tiga belas
14 = empat belas
15 = lima belas
16 = enam belas
17 = tujuh belas
18 = lapan belas
19 = sembilan belas
20 = dua puluh
21 = dua puluh satu

Membaca Nombor Tiga Digit
100 = satu ratus
201 = dua ratus satu
341 = tiga ratus empat puluh satu

Membaca Nombor Empat Digit
1000 = satu ribu
1002 = satu ribu dua
2031 = dua ribu tiga puluh satu
3256 = tiga ribu dua ratus lima puluh enam

Membaca Nombor Lima Digit
10 000 = sepuluh ribu
10 003 = sepuluh ribu tiga
10 015 = sepuluh ribu lima belas
10 235 = sepuluh ribu dua ratus tiga puluh lima
15 235 = lima belas ribu dua ratus tiga puluh lima

Membaca Nombor Enam Digit
100 000 = satu ratus ribu
100 002 = satu ratus ribu dua
300 025 = tiga ratus ribu dua puluh lima
300 325 = tiga ratus ribu tiga ratus dua puluh lima
403 456 = empat ratus tiga ribu empat ratus lima puluh enam
413 456 = empat ratus tiga belas ribu empat ratus lima puluh enam

Membaca Nombor Tujuh Digit
1 000 000 = satu juta
1 000 004 = satu juta empat
1 000 014 = satu juta empat belas
1 000 214 = satu juta dua ratus empat belas
2 005 214 = dua juta lima ribu dua ratus empat belas
2 035 214 = dua juta tiga puluh lima ribu dua ratus empat belas
2 635 214 = dua juta enam ratus tiga puluh lima ribu dua ratus empat belas

Thursday, 8 December 2011

Pendakian Bukit Broga

Pendakian ke Bukit Broga disertai oleh 7 orang guru dan dua orang murid. Pendakian ini dapat membina ketahanan diri kepada semua peserta. Kami bertolak dari Sekolah pada jam 4.30 pagi. Kami solat di Kajang dan terus menuju ke kaki Bukit Broga. Dalam suasana gelap kami memulakan pendakian sehingga nampak puncak bukit. Terdapat 3 puncak bukit yang begiti indah sekali.
Walaupun penat, tetapi dapat diubat dengan leindahan alam yang begitu menawan sekali. Ketinggian untuk mendaki bukit ini adalah sejauh 1.7km. Banyak yang kita pelajari berkaitan Matematik dari dakian ini :
1. Pelbagai bentuk muka bumi
2. Terdapat perbezaan di antara ketinggin tanah rata dan bukit bukau
3. Memnegtahuai suhu di tempat tinggi dan rendah
4. Pandangan jauh dan dekat

Sunday, 30 October 2011

Bagaimana Mengira Perimeter?

Perimeter ialah ukur keliling.

Untuk mengajar murid mengenali perimeter, guru perlu menyediakan sekeping kertas berbentuk segiempat tepat, tali dan pembaris. Murid diminta menggunakan tali untuk mengukur kertas yang diberi. Setelah itu, tanda tali tersebut. Kemudian, angkat tali dan ukur pada pembarris. Murid akan memperolehi ukuran sebenar segiempat tepat.

Untuk mengatahui setiap panjang dan lebar pula, murid diminta mengukur panjang dan lebar segiempat. Dengan menggunakan rumus perimeter, tambah semua ukuran yang diperolehi.

Try to answer this questions.


1. What is perimeter?
                A     The total length of a shape
                B      The total width of a shape
                C     The total circumference of a shape
                D     The product of length and width of a shape


2. If the perimeter of a square is 20 cm, find the length of each side.
                A     4 cm                                        C     6 cm
                B      5 cm                                        D     7 cm


3. A rectangle measures 4 cm in length and 3 cm in width. What is its perimeter?
                A     6 cm                                        C     12 cm
                B      8 cm                                        D     14 cm


4. What is the length of each side of an equilateral triangle which has a perimeter of  21 cm ?
                A     6 cm                                        C     8 cm
                B      7 cm                                        D     9 cm

        
 5. The volume of a solid is
      A     the total surface of the object
                B      the total space occupied by the object
                C     the circumference of the object
                D     the space occupied by the surface of the object
   6. The volume of a cube with sides of 1 unit is
                A     1 unit                                      C     1 unit3
                B      1 unit2                                     D     3 unit3

  7. The volume of a cube can be found by using the formula
                A     length × breadth × height       C     length × height
                B      length × breadth                     D     area of triangle × height

  8. The unit of cm3 is read as
                A     cubic centimetre                             C      square centimetre
                B      three times of cubic centimetre      D      unit centimetre


9. A cubic box measuring 20 cm on each side is filled with smaller cuboids measuring 1 cm in width, 2 cm in height and 4 cm in length. Calculate the number of cuboids that can fit into the box.
                A     500                                         C     1 500
                B      1 000                                      D     2 000


10.  If the total volume of a 2-m cube and a cuboid is 80 m3, what is the volume of the cuboid?
      A     27 m3                   B      52 m3
                B      30 m3                   D     72 m3